Iklan & Filem Pendek Hari Raya 2026


MR.DIY Raya 2026: Raya Sama-Sama
Menjelang hari raya, hasrat ingin pulang menyambut kelahiran anak pertamanya musnah kerana Izzat terkandas di kota asing.
Malam yang penuh ketegangan emosi, hubungan antara dua rakan sekerja mula diuji.
Mampukah satu kebenaran meruntuhkan tembok salah faham?
Saksikan kolaborasi istimewa antara dua bintang 🇲🇾 Alif Satar dan Teuku Wisnu 🇮🇩 dalam mencari erti sebenar kebersamaan.


Iklan Raya D'Herbs 2026 | Ya, Abah Saya Security

Pernah tak, semasa kecil dahulu, kita berasa malu dengan pekerjaan ayah kita.
Kadang-kadang ketika kita masih kecil, kita pernah berasa malu dengan pekerjaan ayah kita.
Namun apabila kita dewasa, barulah kita sedar bahawa di sebalik pekerjaan yang sederhana itu, tersimpan pengorbanan besar seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja demi masa depan anak-anaknya.
Sebuah kisah benar yang menyentuh hati, diinspirasikan daripada pengalaman hidup Dato’ Aliff Syukri bersama arwah ayahnya.
“Ya, Abah Saya Security”


Filem Raya Astro 2026: Bila Bersama, Lagi Jadi
Acara yang paling dinanti-nantikan Pesta Panjut Raya sudah pun bermula🔥Dimana masing-masing akan show off kreativiti, tapi paling panas mestilah antara Pak Samad dan Pak Razak. Nak tau siapa menang? Saksikan Bila Bersama, Lagi Jadi sekarang!
Dibintangi oleh Adlin Aman Ramlie, Faizal Hussein dan Bell Ngasri. 
Penampilan khas Meerqeen, Mierul Aiman, Bella Dowanna, Alpha, Sharifah Sahirah, Auddra Zulkifly, Azhan Rani, Noryn Aziz, Mamak Puteh dan Bandi Amuk.


Iklan Muzikal Raya Spritzer 2026: Samting-Samting
Apa yang samting-samting sebenarnya?
Kenapa Mak Ngah rasa ‘sus’ dengan kehadiran ahli keluarga baru, Alia, seorang menantu yang sangat pandai memasak? 👀 Tonton filem muzikal raya penuh dengan samting-samting yang dibintangi oleh Wani Kayrie, Fimie Don dan Elliza Razak ini untuk tahu jawapannya!


UniKL Raya 2026: Emas
Niat di hati balik raya nak eratkan silaturahim… 🌙
Tapi suasana bertukar kecoh bila bangkitnya isu emas peninggalan arwah mak. 💍 Adik-beradik yang sekian lama dirindui tiba-tiba mula berselisih faham dan bermasam muka.
Adakah kepulangan Syawal kali ini hanya semata-mata kerana harta? Atau ada kisah duka yang lebih mendalam yang belum terungkai di antara mereka?


Filem Pendek Raya PROTON x Little Joe 2026 | Darah Biru
PROTON and Little Joe Malaysia presents a Hari Raya short film directed by Pekin Ibrahim. 
Starring Jalil Hamid, Sathiya, Syafie Naswip and Akmal Ahmad.


Iklan Raya 2026 Bella Clinic AKU YANG TERLEWAT _ Saiful Apek & Ruzaidi Abdul Rahman ( Wak Di )
Pada Hari Raya yang sepatutnya membawa kemaafan, seorang lelaki tua tiba dengan hati penuh sesalan, hanya untuk disambut majlis arwah yang merampas peluang terakhirnya menebus kesalahan lampau.


FARM FRESH RAYA 2026 | Bersama SeMoola
Ding ding ding, ding ding ding ding ding, hey!
Lagu raya yang korang tengah layan tu - datang dari Kandang… bukan kandang lembu, tapi Kandang Boys! Beriya betul nak comeback buat lagu raya!
Tapi gitaris mereka, Johan, kurang berkenan lah pula. Kenapa agaknya?


KETUPAT KERAS - IKLAN RAYA 2026 Berkat Padi Sdn Bhd


Iklan Raya Caring Pharmacy 2026 - Misi Raya Paling Perfect!
Berjaya ke misi Aina dan family jadikan raya kali ni paling perfect dalam sejarah? Nak tau, pastikan korang tonton sampai habis


IKLAN RAYA MyIPO 2026 "SONGKOK YAAKOB"
Setiap usaha ada ceritanya.
Setiap warisan ada nilainya.
Dan kadang-kadang,
rezeki hadir bukan ketika kita menerima…
tetapi ketika kita memberi.

Saksikan kisah penuh dalam Iklan Raya MyIPO 2026 - “Songkok Yaakob”


Kosong Sama - Video Raya Indah Water Konsortium 2026
Dah nak raya ni.. kita kosong-kosong ya! 

Dalam gurauan, pastinya ada tersalah kata dan terguris rasa.
Lumrah manusia, hati mana pun akan terusik jika ada yang alpa  
Syawal menjelang, maaf dipinta, lupakan sengketa 
Kerana tiada yang lebih penting selain mengeratkan semula silaturrahim sesama kita.


MMU RAYA 2026 | Dia Kat Mana Dah?


“Bila? Nak Kahwin..?” - Iklan Raya Laugh Out Loud Entertainment 2026
Soalan paling ‘panas’ setiap kali Hari Raya… akhirnya dijadikan sebuah kisah!
Laugh Out Loud Entertainment mempersembahkan IKLAN RAYA PERTAMA kami, menampilkan barisan artis di bawah naungan kami dalam sebuah cerita yang pasti dekat dengan setiap keluarga Malaysia. Dibintangi oleh Ezzanie Jasny, Areef Amran, Liza Hanim, Yusuf Bahrin, Erysha Emyra, Auni Yusri dan Syad Mutalib.
“Bila? Nak kahwin..?” sebuah iklan raya yang diarahkan oleh Nadhir Nasar untuk Laugh Out Loud Entertainment 2026.

Lotus’s Raya 2026 - Senyuman Ekstra Bernilai
Yazid, Yazid… habis sekampung tercari-cari. Kenapa dia lari? Mana dia pergi? Jom tengok sampai habis!


Filem Raya GWM | Lebaran Keredaan
Tiada pemanduan yang lebih indah selain perjalanan menuju ke keluarga tercinta. 🛣️⭐
Kini masanya telah tiba! Filem pendek Raya GWM bertajuk Lebaran Keredaan sudah pun ditayangkan. Saksikan sebuah kisah penuh kejutan, tradisi, dan makna di sebalik setiap perjalanan menuju ke rumah di pagi Raya.
Arahan oleh Pekin Ibrahim, bersama barisan pelakon hebat Fadhli Masoot, Hasnul Rahmat, dan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, yang menghidupkan kisah ini dengan penuh jiwa.


Etiqa Raya 2026 - Dongeng Pak Delulu
Pak Delulu selalu suka kelentong…
Ramai yang tak percaya… malah gelak dengar ceritanya. 
Tapi satu hari, semuanya terbongkar. 
Saksikan kisah penuh “Dongeng Pak Delulu.” 🎬✨

0 comments