Tajuk : Zombie 2.0
Penulis : Tey Marzuki
Editor : Zaki Zainol
Ilustrasi : Zul Fadhli Kamarrudin
Reka Bentuk Kulit :
Reka Letak :
Penerbit : Penerbit X
ISBN : 978-967-369-917-9
Tarikh Terbitan : 27 Januari 2025
Muka Surat : 336 mukasurat
Bacaan secara fizikal
Kisah ini mengenai Mia yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya sewaktu virus META-X01 menyerang dunia dan kini hidup menjalani kehidupan bersama-sama survivor lain di Ultra Boulevard, Bandar Cedar. Setelah beberapa tahun, dia terjumpa seorang kanak-kanak yang bernama Fiffy yang ditemuinya di sebuah bangunan tinggal. Dia memutuskan untuk membawa balik dan membela Fiffy sebagai adiknya dan menjaganya sehingga besar.
Selepas enam tahun, Fiffy mula menunjukkan simptom2 aneh yang sama dengan manusia yang dijangkiti virus tersebut. Disini, kehidupan mereka semakin mencabar dan Mia berusaha untuk menjaga adiknya dan mencari cara untuk pastikan Fiffy tak bertukar menjadi Crawler. Bersama Pak Cik Hans, Rey dan Cass, mereka mengembara menuju ke Sunny Hill untuk berjumpa dengan saintis, Jenny yang mungkin dapat menghasilkan vaksin untuk Fiffy.
Pertama, saya suka dengan kulit bukunya yang cantik siap dengan sprayed edges lagi. Buku ni merupakan naskhah ketiga dari penulis Tey Marzuki yang saya baca selepas Vendetta & Eva. Dari awal bacaan terasa macam berada dalam naskhah Eva tapi dalam universe lain sebab kedua-duanya bertemakan pasca apokalips dengan kedua-duanya watak wanita yang perlu survive untuk terus hidup.
Semua pun dah sedia maklum tentang Zombie. Dari tajuk pun dah tau ni memang kisah tentang Zombie. Cuma zombie disini bukanlah sejenis pemakan daging manusia tetapi manusia terjangkiti virus sehingga hilang kewarasan dan memburu orang lain sampai la semua pun terjangkiti virus juga dan berubah menjadi Crawler. Cara merebak tu tak la diceritakan pula dengan terperinci cuma kalau kena serang tu mesti akan berjangkit.
Sejujurnya bagi saya tak ada apa-apa penambahbaikan pun dari segi plot dan penceritaan dari naskhah Eva sebab keduanya hampir sama. POV pun keseluruhannya dari watak Mia. Mungkin kalau ada POV dari watak lain akan nampak lebih menarik dan tak mendatar. Kisah ni pun tak banyak aksi, lebih kepada survival skill untuk terus hidup dan mengelak dari Crawler.
Watak Alpha pun tak diceritakan sangat tapi dia sentiasa ada. Mungkin penulis nak kembangkan dekat naskhah sambungan? Dari awal dah dapat teka siapa Alpha ni jadi tak terkejut sangat. Tapi dia memang menepati ciri-ciri Alpha sesuai lah dengan nama dia.
Penulis banyak ketengahkan tentang empati dan manusiawi tapi saya boleh faham bila kita dalam situasi macam tu semuanya akan pentingkan diri dan buat macam-macam semata-mata nak teruskan hidup. Kecuali yang memang jenis jahat lah. Mia bertuah sebenarnya sebab dia masih dikelilingi dengan ramai survivor yang baik dan sentiasa bersedia menyelamatkan dia.
“Tak semua individu tu ada empati, Mia. Empati dalam dunia penuh keterdesakan ni boleh dikatakan sesuatu yang istimewa. Dunia kita sekarang berbeza dengan apa yang pernah kita alami satu ketika dulu. Banyak perkara dah berubah. Banyak perkara buruk juga telah terjadi. Secara tak langsung itu semua mengubah karakter setiap individu yang masih hidup di muka bumi ni.”
Apa pun memang rekomen untuk semua peminat genre ni. Penulis memang pandai mengolah cerita untuk menarik perhatian pembaca. Terima kasih juga kepada Penerbit X untuk pemberian naskhah ini.



0 comments