Book Review : Delusi Mencari Realiti (2026)

  Tajuk : Delusi Mencari Realiti

Penulis : Pak Badrul

Editor : Nor Ing Pan

Ilustrasi : Farah Lyana 

Reka Letak : Sleng

Penerbit : GEMPAK STARZ

ISBN : 978-629-479-852-6

Tarikh Terbitan : 01 Januari 2026

Muka Surat : 160 mukasurat

Bacaan secara fizikal


Blurb

Amir tersedar selepas bertahun-tahun koma, namun dunia yang menyambutnya terasa terlalu sempurna. Bayangan Pandora muncul dalam setiap lapisan kesedaran, menyoal kewujudan dirinya sendiri. Setiap pintu yang Amir cuba buka hanya membawa kepada realiti baharu, seperti cermin berlapis yang tidak pernah berakhir.

 

Adakah dia benar-benar terjaga atau masih hanyut dalam ciptaan mindanya sendiri? Dan jika Pandora hanyalah pantulan dirinya, bagaimana Amir harus melawan sesuatu yang lahir dari jiwanya sendiri?

 

Sebuah kisah psikologi tentang ilusi, identiti yang retak dan keberanian untuk menerima sisi gelap diri, sebelum ia menelan segalanya.

 

Review

Faktor pertama saya tertarik dengan novel ni sebab tertarik dengan desain kulit bukunya yang memaparkan konsep dan tema cerita. Dari kulit buku dah nampak siapa watak Amir dan dunia ilusi yang dialaminya. Novel Delusi Mencari Realiti adalah siri Magic Bean yang ke-40. 

Kisah Amir nampak macam straight forward namun penceritaannya bersifat non-linear kerana mempunyai plot dan sub-plot yang banyak. Seorang lelaki yang baru sedar dari koma dan menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia menyambung kerjanya di sebuah syarikat IT sebagai seorang kerani. Tapi lama-kelamaan, dunia yang dia nampak rasa pelik, dan semakin banyak gangguan yang dialaminya. Dari situ, semuanya mula jadi tak stabil. Setiap kali Amir rasa dia dah jumpa jalan keluar, dia rupanya cuma masuk ke lapisan mimpi yang lain. Macam tak ada penghujung. Ulang dan ulang lagi. Lama-lama kita sendiri pun jadi keliru, yang mana satu mimpi, mana satu realiti.

Kalau kita di tempat Amir,

kita akan sedar ke yang kita sebenarnya masih terperangkap?

Atau kita akan terus percaya itu realiti?

Sepanjang Amir menjalani kehidupannya di alam tersebut, timbul dua lagi watak iaitu Pandora dan Sofia. Pandora Adalah watak yang sentiasa mempersoalkan tindakan Amir sementara Sofia Adalah watak yang sentiasa ada untuk menolong Amir. Wujud ke tak Sofia ni? Tu kena baca sendirilah karya penulisan Pak Badrul. Terdapat juga persoalan tentang satu eksperimen dijalankan oleh Mind Split Project yang dijalankan keatas Amir yang mungkin menyebabkan terjadinya semua ini. 

Secara jujurnya, dari segi plot sebenarnya penceritaan terlihat agak kucar kacir dan terasa berulang-ulang maybe sebab setiap mimpi yang dialami oleh Amir tu adalah perjalanan yang sama sahaja. Nak kata Amir seronok dalam setiap mimpi yang dialami tu pun tak juga sebab mental akan kacau dan bagi kesan fizikal juga dalam kehidupan harian dia. 

Dari awal sampai habis juga dia akan diberi pilihan untuk terus berada dalam mimpi atau bangun tapi kedua-dua pilihan tu tak nampak menarik pun. Mungkin penulis patut panjangkan keindahan mimpi dia dan ceritakan serba sedikit kenapa dia patut stay supaya kita faham pendirian Amir. 

Dan terlalu sedikit juga diceritakan pasal fail sulit eksperimen yang dijalankan tu sampai kita tak nampak apa motif eksperimen yang dijalankan dan kenapa ianya dibuat. Sampai hujung tak terjawab apa-apa persoalan yang wujud ketika baca Delusi Mencari Realiti dan perosalan tu masih tergantung. Mungkin penulis nak simpan persoalan-persoalan itu semua untuk sambungan? 

 

𝘒𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨-𝘬𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨, 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨-𝘣𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨…”

 

Novel ni memang jenis yang buat kita berfikir panjang juga selepas habis baca. Mungkin kerana persoalan tersebut atau mungkin kerana falsafah kehidupan yang diselitkan dari perjalanan kisah hidup Amir yang cuba Kembali ke dunia realiti. Saya ambil masa yang agak lama nak habiskan novel Delusi Mencari Realiti walaupun hanya sekadar 160 mukasurat sahaja. 

Overall, Delusi Mencari Realiti bukan sebuah novel bacaan yang ringan. Tapi kalau suka dengan cerita yang berunsurkan psikologi, plot twist, dan perjalanan yang buat kita berfikir, memang kena try novel ni.

Total Rating : 3.5 / 5


0 comments