Ahad, 17 Julai 2022
ERA memperkenalkan segmen baharu ‘3 Pagi ERA’, ‘101 ERA’ dan ‘Daebak ERA’ bersama personaliti baharu bermula 18 Julai
ERA memperkenalkan segmen baharu ‘3 Pagi ERA’, ‘101 ERA’ dan ‘Daebak ERA’ bersama personaliti baharu bermula 18 Julai
Dengar di udara atau melalui aplikasi SYOK
Gandingan Personaliti Baharu dan Pengisian Terkini di ERA
Para peminat ERA, jenama radio No. 1 di Malaysia, boleh menantikan barisan personaliti baharu dengan pengisian-pengisian terkini dan terus berhibur dengan segmen-segmen terbaik di ERA mulai 18 Julai ini, setiap Isnin hingga Jumaat, di udara dan juga di aplikasi SYOK.
Segmen pagi baharu ‘3 Pagi ERA’, jam 6 hingga 10 pagi, akan menampilkan Nabil, Azad dan Radin, gandingan 3 jejaka versatil yang bakal menemani peminat. ‘3 Pagi ERA’ akan merangkumi perbincangan topik semasa, interaksi bersama peminat dan tawa jenaka dengan pengisian baharu, termasuk:
o Lagu Berantai: Permainan menyanyikan rangkap lagu bersama peminat dengan menggunakan perkataan yang diberikan.
o Flex Jap: Ruang bebas untuk peminat berkongsi cerita tentang pencapaian yang dimiliki dari segi kehidupan, kerjaya dan perniagaan yang dijalankan.
o CeKePi: Sketsa perbincangan isu-isu tular di media sosial yang dilakonkan dengan konsep di kedai makan oleh personaliti ERA.
o Sembang: Peminat boleh membuat panggilan untuk berinteraksi dan berkongsi aktiviti harian.
o Lu Pikir: Pandangan dan nasihat tentang perkara sekeliling dikongsikan oleh Nabil.
Di segmen baharu ‘101 ERA’ pula, jam 4 petang hingga 8 malam, keserasian gandingan hebat personaliti radio Haniff dan Ray akan tampil dengan interaksi bersama peminat dengan perbincangan yang informatif. Pengisian terkini di ‘101 ERA’ merangkumi:
o Topik: Haniff dan Ray akan mengulas topik menarik dan pendengar boleh membuat panggilan untuk berkongsi pendapat.
o Teacher Teacher: Ray akan mempelajari perkataan Inggeris dan maksud di sebalik perkataan yang diberikan oleh Haniff.
o Lirik Petik, setiap Jumaat: Haniff dan Ray akan menjemput pemanggil bermain permainan untuk mencipta lagu dengan menggunakan perkataan yang di ‘petik’.
Di waktu malam pula, peminat ERA boleh menantikan kehadiran Fazziq Muqris, personaliti baharu ERA, bergandingan bersama Munaa Bella dalam segmen ‘Daebak ERA’, jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Munaa dan Fazziq akan menceriakan waktu malam peminat dengan:
o Hanguko: Munaa akan berkongsi perkataan Korea.
o Pentas Daebak: Peminat dapat berhibur dengan lagu dari artis-artis baharu.
o Top 20: Lagu-lagu undian peminat dimainkan di aplikasi SYOK.
o TikTok 10 ERA, setiap Jumaat: Peminat boleh mendengarkan lagu-lagu carta teratas TikTok.
Terus Berhibur Dengan Pengisian-Pengisian Terbaik di ERA
Selain itu, pada hari Isnin hingga Jumaat, peminat boleh terus berhibur dengan segmen:
o ‘Port-ERA’ bersama Danial Zaini, dari jam 10 pagi hingga 1 petang dengan:
§ W-O-N-T (What’s On The News Today) di mana Danial membawa watak ‘Bro Paprik’ dan berkongsi cerita-cerita semasa yang tular.
§ FYE (For Your Eye) di mana peminat boleh berkongsi topik-topik perbualan di media sosial dengan tanda pagar #FYE dan topik terbaik akan dikongsikan oleh Danial.
o ‘Gempak Hit ERA’ bersama Isha Norsham, dari jam 1 hingga 4 petang, di mana Isha akan menemani peminat dengan topik perbualan menarik merangkumi hiburan, cerita artis tempatan dan luar negara, berita sukan dan isu-isu tular di media sosial yang diterbitkan oleh portal Astro Gempak. Peminat juga berpeluang membuat permintaan lagu menerusi Instagram ERA.
Pada hujung minggu pula, semua peminat boleh menghitung kedudukan lagu terbaik dalam ‘Carta ERA 40’ dan berhibur dengan segmen-segmen menarik seperti ‘The best of 3 Pagi ERA’, ulangan babak-babak terbaik; ‘Hallyu ERA’, pilihan 10 lagu terbaik Korea dari permintaan pendengar; ‘Flow ERA’, lagu-lagu bergenre Hip Hop & Rap dari artis tempatan dan luar negara; serta ‘Non Stop ERA’, putaran lagu-lagu popular tanpa henti.
Untuk maklumat lanjut, layari www.era.je atau ikuti ERA di platform media sosial.
“Kami teruja untuk memperkenalkan ERA terkini dan diperbaharui buat pendengar, dengan segmen baharu 3 Pagi ERA bersama Nabil, Azad dan Radin, 101 ERA bersama Haniff dan Ray, serta Daebak ERA bersama personaliti baharu, Fazziq dan suara yang dikenali ramai, Munaa Bella. Melalui pembaharuan yang ditampilkan ini, kami teruja menyajikan pengisian relevan dan pelbagai buat 2.9 juta pendengar mingguan kami. Kami berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan mereka yang menakjubkan serta berterusan dan berharap mereka menikmati pengisian terkini di ERA.”
Jumaat, 15 Julai 2022
Current Read : L'art de la Simplicité: How to Live More with Less - Dominique Loreau
If simplicity is an art, then Dominique Loreau is a master. Having lived in Japan for many years and inspired by oriental philosophy, Dominique Loreau discovered the beauty of a life well lived through the art of simplicity. Her lifestyle rests on the principle of 'less is more', and imbues all areas of existence, from the material to the spiritual.
She captured her philosophy in the ground-breaking L'art de la Simplicite, which was an massive bestseller in her native France and is now available in the English language for the first time. Simplify your home, empty your wardrobe, abandon compulsive purchases, eat more frugally but better, take care of your body and mind. From the art of feeling well in your home to the art of feeling well in your body, this compelling and elegant book will transform your life and take you on an empowering journey to happiness. You will feel energised, more confident and free. You will discover the essence of being truly alive and how to live a more centred life. One full of real pleasure, clarity and satisfaction.
Rabu, 13 Julai 2022
THE WALT DISNEY COMPANY ASIA PACIFIC AND HYBE FORGE GLOBAL CONTENT COLLABORATION
Collaboration Includes Global Distribution of Major Content Titles from South Korea’s Entertainment Lifestyle Platform Company HYBE on Disney’s streaming services, including 21st Century Pop Icons BTS
Exclusive Worldwide Premiere of HYBE Content including Documentary Series that Captures Creative Journey of BTS from Debut to the Start of their New Chapter
Watch BTS Video Message
The Walt Disney Company Asia Pacific and HYBE today announced a global content collaboration that will see both companies working together to showcase creative excellence from South Korea’s music and entertainment industry to the world stage. The agreement includes global distribution of five major content titles from HYBE, which include two exclusive series featuring 21st century pop icons BTS that will launch on Disney’s streaming services.
“We are thrilled to be collaborating with HYBE to showcase their original content created with powerful artist IP on our global streaming services including Disney+ Hotstar,” said Jessica Kam-Engle, APAC Head of Content, The Walt Disney Company. “This collaboration represents our creative ambition – to work with iconic content creators and top stars in Asia Pacific so their talent can be enjoyed by mainstream audiences in multiple ways. We believe these new titles will captivate consumers worldwide and look forward to introducing more music content on our service.”
“This will be the start of a long-term collaboration, where we present worldwide audiences a wide range of HYBE content for fans who love our music and artists,” said Park Ji-won, CEO of HYBE. “The Walt Disney Company has a long history of franchise building and promoting musical artists, with its unparalleled brands and platforms.”
Three of HYBE’s projects coming to Disney’s streaming services include:
• “BTS: PERMISSION TO DANCE ON STAGE – LA”: This exclusive cinematic 4K concert film features BTS’ live performance in Los Angeles’ Sofi Stadium in November 2021. Performing Billboard hit songs “Butter” and “Permission to Dance,” this was the first time in two years since the pandemic that the band met fans in person.
• “IN THE SOOP : Friendcation”: An original travel reality show with a star-studded cast including V of BTS, Itaewon Class’ Seo-jun Park, Parasite star Woo-shik Choi, Hyung-sik Park, and Peakboy. The program features the five friends venturing on a surprise trip and enjoying a variety of leisure and fun activities.
• “BTS MONUMENTS: BEYOND THE STAR”: This original docu-series follows the incredible journey of 21st century pop icons BTS. With unprecedented access to a vast library of music and footage over the past nine years, the series will feature the daily lives, thoughts and plans of BTS members, as they prepare for their second chapter. The docu-series will be available exclusively on Disney’s streaming services next year.
This strategic collaboration will allow Disney to introduce a series of new titles from HYBE over the next few years, as the entertainment platform continues to produce high-quality content based on its music and artists IPs.
About The Walt Disney Company
The Walt Disney Company, together with its subsidiaries and affiliates, is a leading diversified international family entertainment and media enterprise that includes Disney Parks, Experiences and Products; Disney Media & Entertainment Distribution; and four content groups—Studios, General Entertainment, Sports and International—focused on developing and producing content for DTC, theatrical and linear platforms.
About Disney+ Hotstar Malaysia
Disney+ Hotstar is the dedicated streaming home for global and Malaysian hits. It brings together blockbuster Hollywood movies and award-winning content from Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios and many more, which also includes exclusive premieres and blockbusters from leading Malaysian studios. Available on compatible internet-connected devices, Disney+ Hotstar offers commercial-free programming with a variety of original feature-length films, live-action and animated series, short-form content and documentaries, including titles such as Hawkeye, The Book of Boba Fett, Eternals, Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings, Encanto, Turning Red and Moon Knight. Disney+ Hotstar also features an extensive library of highly acclaimed local language content from Asia Pacific, such as Snowdrop, Rookie Cops, Soundtrack #1, Ejen Ali, Upin & Ipin, J2: J Retribusi, Kisah Cinta Kita and more.
About HYBE
HYBE, rebranded from Big Hit Entertainment in March 2021, is a global entertainment lifestyle platform company that seeks boundless expansion in order to innovate the music industry. Ever since, HYBE has been expanding its multi label system including BIGHIT MUSIC, BELIFT LAB, SOURCE MUSIC, PLEDIS Entertainment, KOZ ENTERTAINMENT, ADOR, HYBE LABELS JAPAN, while HYBE AMERICA also manages its affiliate labels including Big Machine Label Group. In addition to the label business, HYBE established an integrated structure with its solution business that creates concert, video content, game, original story and retail, as well as a platform business through Weverse, a global fandom platform. Composed of its three headquarters based in Korea, Japan and the US, the company works towards bringing innovative change throughout the global music industry.
Selasa, 12 Julai 2022
Current Read : Robot vs Alien
![]() |
| Ebook dari PNM e-Reader |
Sinopsis :
Sejenis logam cecair yang seakan-akan hidup ditemui di dalam sebiji meteorit yang jatuh ke bumi. Seorang saintis melarikan logam tersebut dan menyembunyikannya di dalam beg Zaqwan. Tanpa disangka-sangka, ia telah bersimbiosis dengan Zaqwan membolehkan dia memanipulasi logam itu menjadi senjata.
Pasukan Keselamatan Awam Malaysia (KAMAL) yang diketuai Kapten Shamsir telah memburu Zaqwan kerana mengetahui potensi logam itu. Dalam masa yang sama, muncul robot misteri yang turut memburu Zaqwan untuk mendapatkan logam cecair itu.
Mampukah Zaqwan menghadapi musuh yang tidak dijangka bagi melindungi dirinya serta rakan-rakannya?
Rabu, 6 Julai 2022
Current Read : Ghost Writer - Khairul Aswad Ramli
![]() |
| Ebook dari PNM e-Reader |
Sinopsis :
KYRIL AFFENDY seorang penulis prolifik Malaysia terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang menyebabkan kedua tangannya lumpuh. Untuk membolehkan dia kembali menulis, Publikasi Sereniti mencadangkan supaya dia bekerjasama dengan seorang ‘ghostwriter’ dalam satu projek rahsia.
Namun projek tersebut menyebabkan manuskrip-manuskripnya yang terbengkalai dicuri dan diterbitkan oleh ‘ghostwriter’ tersebut sebagai karyanya sendiri. Siapakah dalang di sebalik semua itu?
Selasa, 5 Julai 2022
Book Review : Aku, Kau & Hantu: Asrama
Tajuk: Aku, Kau & Hantu: Asrama
oleh Artis-Artis Komik-M, Ben Wong, Hiroshikee, Aniff Zazali, Saaaf, Azhar Abdullah, Reja, ROWR
Penerbit: Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd
Tahun Terbitan: Cetakan Pertama – 2019
Muka Surat: 112
Bacaan melalui Ebook dari PNM e-Reader ( 05/07/2022 )
Sinopsis
Menampilkan komik-komik berkaitan ‘hantu di asrama’ daripada artis-artis Komik-M seperti:
HANTU PENANGGAL oleh Ben Wong
TOLONG BASUH BAJU AKU oleh Hiroshikee
BILIK HUJUNG oleh Aniff Zazali
BISIKAN oleh Saaaf
KISAH BUDAK ASRAMA oleh Azhar Abdullah
GERAMANG oleh Reja
ORANG SEBELAH oleh Rowr
Review
TOLONG BASUH BAJU AKU oleh Hiroshikee
BILIK HUJUNG oleh Aniff Zazali
KISAH BUDAK ASRAMA oleh Azhar Abdullah
GERAMANG oleh Reja
Isnin, 4 Julai 2022
Book Review : Jalan Desa Ke Kota - Baharuddin Zainal (2015)
Bacaan melalui Ebook dari PNM e-Reader ( 04/07/2022 )
Sinopsis :
Menyajikan 32 buah puisi yang merupakan fragmen autobiografi Baha Zain yang membesar bersama kemerdekaan bangsanya. Sesuai dengan sifatnya sebagai eseis dan pengkritik, puisi-puisi Baha Zain selain daripada pengucapan jiwa yang ruwet adalah juga apa yang disebut oleh Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh, 'Memeri dan menilai manusia, masyarakat dan dunianya.
Review
Karya yang dikarang oleh sasterawan negara ke-12 ini merupakan catatannya tentang pelbagai perkara tentang peristiwa zaman dahulu, tentang alam, negara, tanggungjawab sebagai manusia; sebagai bapa, anak dan lain-lain lagi melalui bahasa yang puitis dan juga maksud tersirat. Puisi - puisi ini juga ditulis dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami.
Antara puisi yang menarik perhatian adalah puisi yang bertajuk Bahasa, Petang, Kehidupan ini ... dan Di Kaca Jendela Di Tepi Chophraya.
Betapa susah
menemukan makna dengan kata
demikian payah
menyalut budi dengan bahasa
gerak rasa pujangga lama;
terkilat ikan di air
tahu jantan betinanya
Baha Zain sebagai penyair memperlihatkan kepekaan terhadap bahasa dan seni, beliau mengenang jasa seniman dan cinta terhadap bahasa Melayu, sentiasa merendah diri dan menghormati budaya dan tradisi kekeluargaan. Sebagai penyair Islam, beliau juga melihat setiap objek alam sebagai tanda kebesaran dan kasih sayang Allah dan menerima bakat kepenyairannya sebagai satu tanggungjawab dan amanah. - Dr Zurinah Hassan
Menulis puisi memberikan kebebasan kepada kata-kata. Kita tidak lagi memulas kata-kata untuk tunduk pada erti yang dipaksakan oleh ahli bahasa. Penyair sekali gus menemukan kebebasannya. Dia hanya menyerah kepada bahasa pengalaman dan imaginasinya.
Puisi memberinya sebuah cakerawala yang gelap pekat atau berbintang-bintang. Segala kemungkinan berada di sana: deru angin, bisikan yang ajaib, ketakutan, cahaya yang menyelinap, bunyi yang aneh, dan destinasi yang tak terbatas jauhnya. Hanya keistimewaan itu yang ada padanya: bakat bahasa dan imaginasi, dan kalau dia tajam perhatian, boleh berfikir, dia akan meninggalkan sesuatu yang bererti hingga jauh selepas hayatnya.
Kumpulan ini adalah renda daripada perca-perca hayat pengarang yang ulang-alik ingatannya dari asal desa ke kota yang tak dapat dielakkan lagi. Jalan Desa ke Kota ini bukanlah suatu perjalanan yang serba manis indah, dan bukan pula propaganda, tetapi suatu pengucapan puisi yang disampaikan dengan sejujur-jujurnya sebagai pengalaman penyair dalam suka duka zaman dan bahasa ibundanya. - Baha Zain
Jumaat, 1 Julai 2022
Book Review : Lara Wirang - Maria Kajiwa (2019)
"Setiap orang Muslim akan diuji. Ujian hidup itu sunnatullah kauniyah. Kita tak boleh lari, malah semakin kuat iman seseorang itu, semakin kuat dia diuji." - Ustaz Muiz
"Relakan dirimu menerima ujian sebagaimana engkau rela menerima nikmat. Allah itu Maha Pengasih" - Ustaz Majdi
“Baru dia tahu, yang nak dilanggar ni bukan pokok jagung. Tapi tualang bertunjang tujuh alam. Setakat tiupan sepoi-sepoi bahasa tu, daun pun tak terselak,” -Salim
“Dengki ni tak ubah seperti percikan api. Nampak membakar ke luar tapi tak sedar dirinya dulu hangus.” Ustaz Majdi
“Sememangnya menjadi seorang pemarah itu mudah. Nafsu mudah saja mengapi-apikan. Tapi ingat pesan nabi. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Musa bin Imran a.s. berkata: ‘Wahai Tuhanku, antara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu? Allah menjawab: Orang yang memaafkan walaupun dia mampu membalas. Hadis riwayat Baihaqi’.”
Rabu, 15 Jun 2022
Current Read : Nearness to You - Nur Fadhilah Wahid
- For those who have just begun their spiritual journey, what is the path to get closer to God?
- For those who found themselves distant from God over the years, is there a path to return to Him?
- Does one still have a chance at being near to God, even after all the mistakes and transgressions?
Ahad, 29 Mei 2022
Book Review : Pelan-Pelan Kayuh (2018)
Tajuk: Pelan-Pelan Kayuh
Genre: Motivasi
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Penulis: Bonda Nor, Rohamiah Muda, Srikandi Islami, Jaja Isa, Abadi Teratai, Ruqayyah Muhd, Amla Mat Rawi, Arjuna Jyra, Hannan Alias, Faridah Said, Nabihah Ab Razak, Syakirin Yuslan, Hafiza Nasir, Farizah Shamsudin, Aina Syuhada, M. Syafik Ab Rahman, Hayati Abu Hassan, Hani Ehsan, Rozilawati Mohamed, Dai Faizal, Rafiuddin Rohani, Kaybee Rahim, Afiq Syazwan, Hamka Idris, Adibah Razak, Al Fatihee Ali Hanafiah
Tahun Terbitan: Cetakan Pertama – 2018
Muka Surat: 204
Tempoh bacaan ( 28/03/2022 – 29/04/2022 )
Sinopsis
Umpama pemakanan, demikian juga ujian. Kalau yang dimakan hanya yang manis saja, kita akan sakit. Dah sakit, terpaksalah cari penawar. Dan penawarnya memang pahit!
Sebab itu, antara tanda Maha Baiknya Allah ialah ditimpakan ke atas kita musibah. Hal-hal yang kita tak suka itu, yang kita anggap musibah itu, sebenarnya adalah penawar. Penawar untuk dosa-dosa kita. Penawar untuk keangkuhan kita. Penawar kepada penyakit ‘lupa syurga hingga mencari sempurna pada dunia’.
Ya, ‘mencari sempurna pada dunia’ juga adalah sejenis penyakit! Dan kita perlu berubat!
"Kita stress. Kita kecewa. Kita melayankan duka berlama-lama kerana dua perkara. Sama ada sebab kita jahil atau kita degil. Sekiranya kita dapat menguasai kemahiran untuk mengendalikan dua masalah ini, insya-Allah, kita bukan sahaja akan jadi orang berjaya, bahkan juga orang yang tenang hatinya. Namun untuk mendapatkan kemahiran ini, kita perlu belajar. Itu prosesnya. Sama ada kita belajar daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain, yang pasti, kita perlu belajar. Dan proses pembelajaran tidak berlaku sekelip mata! Pelan-pelan Kayuh." -Bonda Nor
Review
Buku ini menghimpunkan 26 kisah-kisah benar penulis daripada 26 orang yang berlainan. Kisah - kisah ini dikongsikan semasa mereka menyertai Bengkel Penulisan Bonda Nor.
"Saya mahu Tuan Puan semua tuliskan satu kisah pahit-maung tuan puan berdepan ujian. Mungkin ujian itu ialah untuk mendapatkan apa yang tuan puan mahu. Tuliskan prosesnya. Daripada mula berkehendak hingga berjaya mendapatkannya. Atau mungkin juga ia adalah ujian yang berbentuk musibah. Kongsikan bagaimana tuan puan mengharungi satu per satu proses untuk keluar daripada musibah tersebut. Write down the process! Saya mahu yang pahit itu menjadi manis. "
Kisah -kisah yang dikongsikan ini kebanyakannya dugaan, pengalaman atau musibah yang melanda dan bagaimana setiap ujian yang dihadapi menjadi titik perubahan yang menjadikan mereka insan yang lebih baik. Kisah-kisah dalam buku ni semunya pendek dan ringkasa sahaja jadi tak lama nak habiskan buku ni. Kalau jadi lama pun, mungkin sebab berhenti sekejap termenung sebab ada kisah yang buatkan kita berfikir sejenak sambil compare dengan kisah sendiri.
Kisah pertama dalam buku ni dimulakan dengan kisah Bonda Nor sendiri yang bertajuk Puteri Kecubung yang menceritakan kehidupan penulis melalui cabaran dan liku-liku kehidupan sebelum dapat membina kerjaya yang stabil dan berjaya menjadi penulis best seller, menerima Anugerah Buku Popular dan penulisan beliau muncul di pelbagai media massa.
Dalam setiap kisah juga, terdapat pelbagai kata-kata motivasi, petikan hadith dan ayat Al-Quran dimasukkan yang berkaitan dengan kisah penulis untuk penghayatan bersama para pembaca.
"Kadang kau bukan tak mampu, cuma tak tahu. Kadang kau bukan tak tahu, cuma tak sabar!"
Total Rating : 4.5/5
Sabtu, 28 Mei 2022
Current Read : Kota Teroris Zodiak - Amirul Idham
Sinopsis :
Seluruh rakyat Malaysia gempar apabila Datuk Alex menjadi mangsa penculikan ketika beliau pulang dari majlis perasmian wisma perniagaan miliknya. Semua pengawal peribadi dan pemandu beliau mati dibunuh oleh penculik.
Tiga hari selepas kes penculikan Datuk Alex, semua saluran televisyen di Malaysia telah digodam dan memaparkan rancangan Zodiak TV. Orang yang menculik Datuk Alex muncul dalam rancangan tersebut dan memperkenalkan diri sebagai Zodiak. Datuk Alex telah dibunuh secara langsung di kaca televisyen yang ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia.
Shah dan Badri, dua inspektor muda telah ditugaskan untuk menyiasat kes Zodiak yang diketuai oleh ASP Hasnan. Namun, siasatan mereka menemui jalan buntu apabila Zodiak sekali lagi muncul dalam rancangan Zodiak TV untuk membunuh mangsa seterusnya secara langsung di kaca televisyen!
Khamis, 26 Mei 2022
Current Read : #GHOST - Zura Rahman
![]() |
| Ebook dari PNM e-Reader |
Sinopsis :
Dia bagaikan halimunan. Kewujudannya diakui,tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya; dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama -GHOST
Apabila geng gagak hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa Geng Gagak Hitam kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat.
Budi yang ditabur, telah mengheret Dr. Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang digelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu?
Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr Daryn Areena tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dan tidak, dia keliru.
If there is no one else that you can trust, trust yourself. But, if you can't even trust yourself,you have to trust me - GHOST
Akhirnya kedua-dua mereka berada di dalam pelarian untuk menyelamatkan diri dari pihak-pihak yang rakus memburu mereka. Tetapi mampukah Dr Daryn Areena meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu?
Ada perkara yang gelap tentang dia. Biar wajahnya tanpa riak, matanya itu.....penuh kedukaan. Dia.....diselubungi tanda tanya. Misteri tentangnya tiada bernoktah. - Dr Daryn Areen
Siapa dia sebenarnya?
Selasa, 24 Mei 2022
Current Read : Amir Minah Macho - Ummu Wafa
Isnin, 23 Mei 2022
Current Read : Pemusnah Hati - Siti Khadijah
Sinopsis :
Diculik, dikurung dan diseksa oleh Razak Hitam kerana ingin melihat TUAN ZABIR melutut di hadapannya. AISY RAISYA tergamam. Dia bingung. Penculikan itu telah membongkarkan identiti sebenar ayahnya yang selama ini disanjung tinggi. Aisy kehilangan kata. Dek perbuatan si ayah, Aisy yang menanggung akibatnya!
Akan tetapi, rancangan itu tidak menjadi seperti yang dirancangkan. QARTAL muncul sebagai penyelamat meskipun dia salah seorang daripada penculik yang bertanggungjawab meletakkan nyawa Aisy dalam bahaya.
Meskipun kepercayaan kepada Qartal bukanlah seratus-peratus tetapi demi menyelamatkan nyawanya, Aisy sanggup. Aisy diselamatkan beberapa kali oleh Qartal sewaktu dalam bahaya ketika melarikan diri. Namun, keadaan bertambah kusut apabila tanpa sengaja, hati Aisy tercuit dengan sisi lain yang ditunjukkan oleh Qartal.
“Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh suka pada penculik? Mengarut, kan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal.” -AISY RAISYA.
“Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!” –QARTAL.
Keadaan menjadi bertambah rumit dengan kemunculan UMAR FARUQ sebaik saja Aisy berjaya diselamatkan. Lelaki itu telah meletakkan Aisy dalam situasi yang sukar. Situasi di mana emosi dan perasaannya diuji dengan begitu hebat. Hatinya musnah dek kebenaran yang telah tersingkap.
“Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!” – UMAR FARUQ.
Siapa Qartal dan Umar Faruq yang sebenarnya? Dapatkah Aisy mencari Qartal yang ‘hilang’? Mampukah Aisy memberi kemaafan kepada Tuan Zabir setelah lelaki itu membuat hidupnya kucar-kacir? Antara dendam dan simpati, manakah yang akan menguasai hati?













.png)

