Selasa, 3 Mac 2026

Lirik Lagu Syasya Rizal - Inikan Hari Raya

Happy bila tengok Syasya keluarkan lagu raya sebab tahun lepas pun best juga Raya Pum Pang tu. Tahun lepas dengan Fazura tapi tahun ni dia keluarkan solo.

Bagi saya, Hari Raya sebenarnya sangat dekat dengan rasa syukur. Kadang-kadang bila kita sudah dewasa atau punya anak, kita mula sedar bahawa Raya bukan lagi tentang kita, tetapi tentang mencipta memori untuk mereka pula. Itulah sebenarnya makna Raya yang paling indah.

Saya harap bila orang dengar lagu ini, mereka akan teringat kepada momen seperti bangun pagi raya, bau rendang dari dapur, atau makan bersama keluarga walaupun disambut secara sederhana. Lagu ini juga adalah satu peringatan untuk kita sentiasa berempati dengan orang lain yang mungkin tidak dapat merasai kegembiraan Raya seperti kita, - Syasya Rizal 





Lyrics - Inikan Hari Raya


[Verse 1]

Bila hari raya,

Janganlah tamak haloba,

Dalam bergembira,

Biarlah berpada.


[Pre-chorus]

Oh tak kesah,

Baju lama,

Asalkan masih boleh beraya,

Bersyukur sentiasa.


[Chorus]

Salam lebaran pada semua,

Dengan senyuman dan juga tawa,

Meriahkan suasana,

Inikan hari raya.


Raikan dengan sanak saudara,

Yang berkunjung datang tak dilupa,

Penuh riang gembira,

Indahnya hari raya.


[Verse 2]

Oh sudah tiba,

Hari yang dinanti,

Confirm riuh semua kumpul sekali.


Makcik yang belah sana,

Sepupu yang belah sini,

Pak long pak ngah pun ada,

Eh memang kecoh sekali.


Beraya hujung ke hujung kampung,

Semua rumah kalau boleh memang nak dikunjung,

Yang tampan dan segak datang berbaju melayu,

Yang cantik pula berbaju kurung.


[Pre-chorus]

Oh tak kesah,

Baju lama,

Asalkan masih boleh beraya,

Bersyukur sentiasa.


[Chorus]

Salam lebaran pada semua,

Dengan senyuman dan juga tawa,

Meriahkan suasana,

Inikan hari raya.


Raikan dengan sanak saudara,

Yang berkunjung datang tak dilupa,

Penuh riang gembira,

Indahnya hari raya.


[Chorus]

Salam lebaran pada semua,

Dengan senyuman dan juga tawa,

Meriahkan suasana,

Inikan hari raya.


Raikan dengan sanak saudara,

Yang berkunjung datang tak dilupa,

Penuh riang gembira,

Indahnya hari raya.


Hari raya,

Ooh,

Indahnya hari raya.