Isnin, 13 Disember 2021
Drama Review : Jirisan (2021)
Drama: Jirisan
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Oct 23, 2021 - Dec 12, 2021
Aired On: Saturday, Sunday
Network: iQiyi, tvN
Duration: 1 hr. 10 min.
Genres: Thriller, Mystery, Drama, Fantasy
Director : Lee Eung Bok
Screenwriter : Kim Eun Hee
Main Cast : Jun Ji-hyun, Ju Ji-hoon
Support Cast : Sung Dong-il, Oh Jung-se, Jo Han-cheol, Joo Min-kyung, Go Min-si, Lee Ga Sub, Jun Suk Ho
Sinopsis
Drama ini mengisahkan tentang pasukan renjer hutan di Taman Negara Jirisan. Jirisan atau Gunung Jiri merupakan gunung kedua tertinggi di korea selatan yang sentiasa menarik ramai pengunjung saban tahun. Taman Negara Jirisan yang ditubuhkan pada tahun 1967, ialah taman negara tertua dan terbesar di Korea, yang diuruskan oleh pasukan renjer hutan untuk melindungi dan memelihara kawsan pergunungan, dan menyelamatkan pengunjung di gunung tersebut.
Seo Yi Kang (Jun Ji-hyun) ialah salah seorang renjer terbaik di Taman Negara Jirisan. Dia membesar di kawasan itu dan mahir tentang selok belok kawasan pergunungan. Kang Hyun Jo (Ju Ji-Hoon) ialah renjer baru di situ. Mereka bekerjasama untuk menyelamatkan mangsa di sekitar Taman Negara Gunung Jiri dan merungkai kes-kes misteri yang terjadi di kawasan tersebut.
Trailer
Review
Episod 1 bermula dengan seorang lelaki menceritakan tentang Gunung Jiri. Tahun 2018, Kang Hyun Jo yang baru sampai di Stesen Renjer Haedong Taman Negara Jirisan sebagai renjer baru terus diarahkan untuk join pasukannya untuk misi mencari dan menyelamat seorang pelajar berusia 14 tahun, Yeom Seung-hun, yang telah hilang selama 23 jam. Dua pasukan pencarian dibentuk dari 6 kawasan bersama Jabatan Bomba dan Skuad Penyelamatan Khas untuk misi ini. Ketua stesen, Jo Dae-jin, memberitahu bahawa masa keemasan untuk mencari Seung-hun ialah 30 jam, bermakna mereka hanya mempunyai tujuh jam lagi. Ditambah lagi dengan taufan yang bakal tiba menyukarkan pasukan tersebut.
Hyun Jo kemudiannya dikenalkan dengan partnernya Seo Yi Kang dan mereka berdua bergerak bersama untuk misi tersebut. Mereka berjaya menyelamatkan pelajar tersebut walaupun dalam cuaca yang buruk dengan bantuan Hyun Jo yang mempunyai kelebihan iaitu mendapat vision tentang lokasi mangsa terbabit.
Di hujung episod kemudian kembali ke masa kini iaitu tahun 2020 yang menunjukkan sisi berbeza dengan Seo Yi Kang kembali bekerja sebagai renjer dan menyelesaikan kes seorang lelaki yang telah hilang selama sebulan.
Plot utama tentang drama ini ialah kes kemalangan misteri dan kematian ngeri ketika para pengunjung berada di kawasan pergunungan ini. Kes-kes ini disebabkan pelbagai peristiwa seperti bencana alam, kebakaran, dan juga pembunuhan yang dirancang. Drama ni mempunyai dua timeline yang sentiasa bertukar antara masa lepas dan masa sekarang iaitu pada tahun 2018, dimana Seo Yi Kang dan Kang Hyun Jo menyiasat dan mencari pembunuh di antara mereka dan pada tahun 2020 setelah Seo Yi Kang kembali bekerja sebagai renjer dan meneruskan siasatan. Agak confusing dengan timeline ni kalau tak fokus betul-betul.
Dari awal sampai hujung, drama ni buatkan kita berteka-teki nak cari siapa sebenarnya pembunuh sebenar dan motif pembunuhan ni. Banyak hint ditunjukkan tapi semua pun berpotensi jadi suspek sampailah didedahkan dihujung drama. Diselit juga pelbagai kejadian menarik dan tak terduga yang terjadi di gunung ini.
Sinematografi drama ni memang memukau dengan background Gunung Jiri. Semua shot kawasan gunung ni memang buat rasa macam nak packing baju pergi camping dengan hiking dekat situ sebab cantik sangat dengan air terjun, puncak-puncak gunung, hutan yang luas penuh dengan pelbagai jenis flora dan fauna. OST balada yang dinyanyikan oleh BTS Jin menambah rencah dalam drama ini. Visual effects dan CGI pula banyak digunakan sepanjang drama ni walaupun nampak kurang berkualiti di awal episode tak sepadan dengan drama yang berbajet besar.
Overall, Jirisan merupakan drama yang menarik yang berbaloi ditonton. Penulis menceritakan kisah ini berdasarkan pengalaman hidup sebenar renjer yang diinterview olehnya. Kita dapat melihat sekilas aktiviti harian mereka dan kesukaran yang dihadapi terutama apabila berdepan dengan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat dan kebakaran hutan. Bagaimana mereka sentiasa siap sedia mempertaruhkan nyawa menyelamatkan orang awam dan berdepan pelbagai cabaran. Terdapat juga kisah misteri legenda & mitos berkaitan Gunung Jiri, tempat keagamaan serta memorial gunung tersebut.
Jumaat, 10 Disember 2021
Lirik Lagu Ed Sheeran - Shivers (feat. Jessi, SUNMI) [Romanization + English + Hangul]
Selasa, 7 Disember 2021
7 Drama Korea Terbaru Disember (Minggu 2) 2021
1. 공작도시 / Artificial City
Yoon Jae Hee ialah ketua Yayasan Kebudayaan Sung Jin dan bertanggungjawab ke atas operasi di "Space Jin," muzium seni yang dimiliki oleh Sung Jin Group. Dia juga menantu kedua dalam keluarga Sung Jin Group. Yoon Jae Hee memilih untuk membuang kekasih lamanya dan melangsungkan perkahwinan yang selesa dan stabil dengan Jung Joon Hyuk, anak luar nikah Sung Jin Group.
Episodes: 20
Broadcast network: jTBC
Broadcast period: 2021-Dec-08 to 2022-Feb-10
Air time: Wednesday, Thursday
Episodes: 12
Broadcast network: Naver TV Cast
Broadcast period: 2021-Dec-10
Air time: Friday
Episodes: 1
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2021-Dec-10
Air time: Friday
Episodes: 16
Broadcast network: TV Chosun, Viki
Broadcast period: 2021-Dec-11 to 2022-Jan-30
Air time: Saturday, Sunday
Episodes: 32
Broadcast network: KBS1
Broadcast period: 2021-Dec-11 to 2022-Mar-27
Air time: Saturday, Sunday
Episodes: 100
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2021-Dec-13 to 2022-Apr-29
Air time: Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday
Episodes: 12
Broadcast network: Naver TV Cast, vLive
Broadcast period: 2021-Dec-15
Air time: Wednesday
Rabu, 1 Disember 2021
3 Drama Korea Terbaru Disember (Minggu 1) 2021
Episodes: 22
Broadcast network: KOK (King Of Korean-drama) TV YouTube
Broadcast period: 2021-Dec-03 to 2022-Feb-12
Air time: Friday, Saturday
Episodes: 1
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2021-Dec-03
Air time: Friday
Episodes: 16
Broadcast network: Netflix, SBS
Broadcast period: 2021-Dec-06 to 2022-Jan-25
Air time: Monday, Tuesday
Giveaway by Nazfea Solehah & Arra Sephia
Giveaway by Nazfea Solehah & Arra Sephia 😁
Syarat-syaratnya pun mudah sahaja.
1. Follow blog sis ni dan kembarnya
2. Komen di post
3.Komen di chat box jika ada.
4. Tekan iklan sampai habis loading (optional).
5.Buat post entry dan backlink ke entry Giveaway ni semula
6. Tag rakan anda (optional, kalau ada lagi baik ;) )
